Sunday, December 11, 2011

luahan hati dengan tulisan.

biarlah penulisanku bercerita walau seribu patah perkataan pun.
biarlah dengan berbahasa menjadi cara luahan aku.

semalam dan hari ini. aku teriisi dengan kesedihan dan kemarahan.
aku berhak untuk marah.
marah pada siapa? 
 apa yang dia tlah lakukan pada aku??
dia telah menghina agamaku dan negaraku. 
itu lebih teruk daripada menhina aku. 
aku boleh lupakan. jikalau dia mahu mengata aku.
katalah sesuka hatimu. tapi tidak agamaku.
aku tahu, 
aku bukanlah si alim yg pandai berhujah tetapi aku sayang akan agamaku
kucinta negaraku yang tenang.
apa yang kami lakukan pada kamu hingga kamu menghina kami sebegitu rupa?
aku bereemosi apabila namanya terlintas di kepala.
aku marah. aku benci.
dialah musuh.
aku x mampu mendiamkan diri tatkala dia mengkeji nabiku. TUHANKU.
aku mungkin bukan seorang muslim yang baik amalnya.
aku memang slalu terlupa dan lali dengan dunia
tetapi aku dididik dari kecil untuk menyanyangi agamaku.Negaraku.

tidakkah dia punya rasa cinta terhadap agamanya sendiri?
kerana jika dia cinta, dia tidak akan mengutuk.
dia tidak akan mencaci
kerana dia pasti tidak mahu orang lain melakukan perkara yang sama 
terhadap agamanya. 

Kau agungkan artis pujaanmu
yang menggunakan elemen SEKSI sebagai tarikan
tetapi kau herdik kami yang mempunyai kepercayaan.

Aku hanya mampu melemparkan kata2 yang aku isi dengan penuh kebencian.
tetapi hanya Allah SubhanAllahiTa'ala yang mampu membalas kejahatan kamu.

perkara ini mungkin tampak kecil bagi segelinitir, tapi bagi aku, 
kata2 adalah senjata yang mampu menusuk ke mata hati.
dan dia telah mengguris hati ramai.
biarlah dia. Tuhan akan membalasnya.
aku doa semoga dia sedar dan memohon kemaafan dari semua insan yang telah dilukanya
dan yang penting memohon kemaafan dariNYA
Amin



No comments:

Post a Comment